Friday 28 December 2012

Kuliah 3 (Kuliah Jin) Ustaz Ismail Kamus

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari
api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya.
2) Apabila Allah SWT. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi
Adam, mereka telah ingkar. Allah SWT. melaknat dan perintah turun ke
bumi.
Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.

3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin
Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak
Islam).

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang
mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk.
Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan.
Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin
lah tuu (sambil berseloroh).

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut,
tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur.

6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya
jalanraya), perlu baca " Sala Mun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikut
sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka
sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila
pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit
jin !!!!

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong...." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya.Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa
Nabi Sulaiman telah mangkat.
8) Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!!

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7 ~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk.
* Kalau rajin..Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim
Muslimat yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang
berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismillahirrahmannirrahim"

Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang
Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana
dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada di dalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan. Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalidwalam yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali. Masuklah rumah
dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur.
Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia
meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya
yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya
itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana
ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya
pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.


Sabda Rasulullah SAW lagi:
Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Nota:
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

~Wallahualam

RENUNGKANLAH WAHAI KAWAN-KAWAN KU SEKALIAN....
Lidah kelu di Saat kematian. Kematian pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati...
mengapa kebanyakan orang yang nazak ,hampir ajal tidak dapat berkataapa-apa, lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yg menahan
kesakitan sakaratul maut.

Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud :
”Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, janganberkata apa-apapun semasa azan berkumandang. Sebagai orang Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya.

Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri....mengapa azan kita tidak boleh mendiamkan
diri....!!! Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan
lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal
hampir tiba....maka kita tidak dapat mengucapkan kalimah lailahaillallah... yang
mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya
dicabut... Allah menjanjikan syurga untuknya.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati
azan,... dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu walaupun nyawa
sedang dicabut. "Ya ... Allah, anugerahkanlah kematian kami dengan
kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah Laillahaillallah......semasa sakaratul maut menghampiri kami......
Amin.. Amin.. Amin Yarobbal a'lamien.."




WASIAT NABI JUNJUNGAN KEPADA SAIDINA ALI R..A
Wahai Ali,
Bagi orang mukmin ada 3 tanda-tandanya
1)Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia
2)Tidak terpesona dengan pujuk rayu wanita
3)Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia

Wahai Ali,
Bagi orang alim itu ada 3 tanda-tandanya
1)Jujur dalam berkata-kata
2)Menjauhi segala yang haram
3)Merendahkan diri

Wahai Ali,
Bagi orang yang takwa itu ada 3 tanda-tandanya
1)Takut berlaku dusta dan keji
2)Menjauhi kejahatan
3)Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman

Wahai Ali,
Bagi orang yang jujur itu ada 3 tanda-tandanya
1)Merahsiakan ibadahnya
2)Merahsiakan sedekahnya
3)Merahsiakan ujian yang menimpanya


Wahai Ali,
Bagi ahli ibadah itu ada 3 tanda-tandanya
1)Mengawasi dirinya
2)Menghisab dirinya
3)Memperbanyakkan ibadah kepada ALLAH s.w.t.

LUCU YA
Lucu ya, duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.

Lucu ya, 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa
pendeknya waktu itu untuk pertandingan bolasepak.

Lucu ya, betapa lamanya 2 jam berada di Masjid, tapi bertapa
cepatnya 2 jam berlalu saat menonton wayang di panggung.

Lucu ya, susah sungguh merangkai kata untuk
dipanjatkan saat berdoa atau sholat, tapi bertapa mudahnya cari
bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan / pakwe / makwe.

Lucu ya, betapa seruan dan teriakan yang perpanjangan waktu
pertandingan pasukan bola jadi kegemaran kita, tapi betapa bosannya bila imam sholat Tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama dan panjang.

Lucu ya, susah sangat baca Al-Quran 1 juz saja, tapi
majalah hiburan dan novel best-seller 100 halaman pun habis
dilahap.
Lucu ya, orang-orang berebut paling depan untuk
nonton bola atau konsert, dan berebut cari saf paling belakang
bila sembahyang Jumaat supaya boleh cepat keluar.

Lucu ya, kita perlu undangan seawal 3-4 minggu
sebelumnya untuk majlis ilmuan supaya boleh dimasukkan di
agenda kita, tapi untuk acara lain seperti menonton wayang, annual
dinner atau high tea jadual kita boleh diubah sekelip mata.

Lucu ya, susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah,
tapi mudahnya orang menyertai dan menyebar gossip.

Lucu ya, kita begitu percaya pada yang dikatakan di
e-mail layang di internet, tapi kita sering mempertanyakan apa
yang dikatakan Al-Quran.

Lucu ya, semua orang inginkan masuk syurga tanpa harus beriman,berpikir, berbicara ataupun melakukan apa-apa.

Lucu ya, kita boleh mengirimkan ribuan jokes dan
surat berantai lewat email, tapi bila mengirim yang berkaitan
dengan ibadah sering mesti berpikir dua-kali.

"Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang mu'min bahwa sesungguhnya bagi mereka kurnia yang besar dari Allah." (QS 33:47).

Nama : Iblis Laknatullah

Tempat Lahir : Bermula dari keengganannya sujud kepada
Nabi Adam a.s

Status : Fasik kelas pertama

Tempat Tinggal di Dunia : Di dalam hati mereka yang lalai

Tempat Tinggal di Akhirat : Neraka Jahanam

Kawasan legarnya : Setiap tempat yang di dalamnya tiada
usaha untuk mengingati Allah

Arah perjalanan : Tiada haluan dan bengkang-bengkok

Isteri di Dunia : Setiap wanita yang tidak menutup aurat
dan tidak mentaati Allah, Rasul dan suaminya

Kaum kerabat : Semua golongan yang menentang dan memusuhi
Allah
Modal Pusingan : Angan-angan kosong

Tempat pertemuan : Pasar-pasar (pusat membeli-belah)

Musuh ketat : Orang islam yang beriman dan bertaqwa

Kegemaran : Melalaikan orang dari mengingati Allah,
menggoda dan menyesatkan

Cita-cita/Matlamat : Supaya semua makhluk di muka bumi ini
menjadi kafir dan sama-sama masuk ke neraka jahanam

Kelemahannya : Bila orang membaca istighfar

Lambang : Sebarang tatu

Pejabat operasi : Tandas, bilik air, tempat yang bernajis
dan kotor serta tempat-tempat maksiat

Rakan kongsi : Golongan munafik serta syaitan2 dari
kalangan jin dan manusia

Sumber : Segala harta yang diperolehi dengan jalan haram
dan riba

Perkhidmatan : Menggalakkan manusia mengerjakan
kemungkaran dan kederhakaan terhadap Allah

Teman Sejawat : Orang yang mendiamkan diri daripada
menyatakan kebenaran

Ganjaran : Dosa dan kemurkaan Allah

Berkomunikasi Dengan : Orang yang suka mengumpat, mencaci,
memaki-hamun, menghasut, pendengki dan pendendam

Makanan kegemaran : Daging orang mati, segala najis dan
kotoran

Yang ditakuti : Orang mukmin yang bertaqwa, beriman dan
beramal

Yang dibenci : Orang2 yang sentiasa berzikir dan
mengingati Allah

Alat perangkap : Wanita cantik, model, pelacur dan
seumpamanya

Tempoh Perkhidmatan : Sehingga hari kiamat

Saat ajal : bila tiba waktu yang ditentukan Allah pada
hari kiamat kelak

Yang disukai : Homoseksual dan Lesbian

Janji-janji : Janji2 kosong, angan2 dan tipu daya

Yang membuatnya menangis : Bila ornag sujud kepada Allah

(sumber : Diari Islamiah UIAM 1998)
Usman bin Affan berkata :

Orang yang memelihara solat yang lima dan mengerjakan pada waktu yang tepat, maka Allah akan memuliakannya dengan sembilan macam kemuliaan, iaitu

- Dicintai Allah,
- badan sentiasa sihat,
- dijaga oleh malaikat,
- diturunkan berkah untuk rumahnya,
- mukanya kelihatan tanda orang yang soleh,
- Allah akan melembutkan hatinya,
- akan melalui jambatan sirat secara cepat seperti kilat,
- akan diselamatkan dari api neraka dan
- Allah menempatkannya ke dalam golongan orang orang yang tidak takut akan bersedih


Dalam sebuah hadis pula Rasulullah saw, bersabda
"Solat yang lima waktu, barangsiapa yang memeliharanya maka akan menjadi cahaya baginya, sebagai tanda dan keselamatan pada hari kiamat. Bagi orang yang tidak memeliharanya, maka dia tidak mempunyai cahaya, tanda dan keselamatan.Pada hari kiamat dia berserta Firaun, Qarun, Haman dan Ubai bin Khalaf."

(HR Ibn Nasr)

Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka
> rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan di dalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama syaitan;

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU

4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS

SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.

AMIN ...............hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul

iaitu AA ......dua harakat, MIN .... 3 harakat, semoga Amin kita

bersamaan dengan Amin malaikat ..... Insya-Allah. semoga kita menjadi orang yang

sentiasa membaiki bacaannya.

Perhatian;

Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat rahmatNya,
Insya-Allah. wassalam.

7 JENIS WAJAH MAYAT DI DLM KUBUR...
1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat.
Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah
melakukan perkara syirik kepada Allah. Kawan-kawan syirik ini jangan buat main-main, dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.
2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah
petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat
lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai
dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak,
bukan hanya berduaan ditempat gelap, minum
arak, berjudi sahaja. Tak tutup aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagi kawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan. Siksa api neraka amat pedih oii.... Kalau kawan-kawan nak
tahu bagaimana rasa 1/70 bahang (kalau tak silap) api neraka kawan-kawan cubalah cucuh hujung jari kawan-kawan dengan api, macam
mana rasanya? Boleh tahan tak?
3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.
4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya mencuri... harta yang haram.Merompak... harta haram. Melesapkan duit
kawan... harta yang haram.
5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.
6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.
7. Mayat yang wajahnya tersenyum Itulah mayat
yang semasa hidupnya berilmu dan beramal
soleh.

ASAL-USUL API DI DUNIA INI

-Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan betapa asalnya
kejadian api di dunia ini. Setelah nabi Adam dihantar ke dunia kerana
kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan
Jibril A.S supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia utk
kegunaan nabi Adam as. Maka Jibril as pun diperintahkan utk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.

Jibril : wahai Zabaniah, aku diperintah utk mengambil sedikit api
neraka utk dihantar ke dunia bagi kegunaan Adam as.

Zabaniah : sebanyak mana sedikit itu ?

Jibril : sebesar kurma. ..

Zabaniah : kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya
akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.

Jibril : kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...

Zabaniah : kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau
letakan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan
tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..memandangkan keadaan yang rumit ini maka Jibril as pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yg perlu di hantar ke dunia.
Allah swt pun memerintahkan supaya Jibril mengambil sebesar ZARAH
sahaja dari api neraka utk di bawa ke dunia. Maka Jibril as mengambil api
neraka sebesar zarah dari Zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yg
keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa di sejukan dgn
mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga dan sebanyak 70 buah sungai = 70 x 70

Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan
diatas sebuah bukit yg tinggi. tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba
bukit itu terus meleleh cair maka cepat - cepat Jibril mengambil semula
api tersebut dan dihantar semula ke neraka. Hanya sisa-sisanya sajalah yang
terdapat di dunia ini sprt api yg sering kita gunakan utk berbagai
keperluan dan juga api yg terdapat di gunung berapi dll lagi.

PENGAJARAN
Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yg terpaksa
disejukan dlm 70 buah sungai dgn sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya
sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dgn api di neraka itu sendiri.
SEBESAR ZARAH SAHAJA. MOGA ada manafaat dari riwayat ini.

INSAFLAH......wassalam.

SELAMATKAH DIRI DI PADANG MAHSYAR

Selamatkah Diri di Padang Mahsyar?
Setelah semua mahkluk yang bernyawa di alam nyata ini mati dan hancur binasa, Allah SWT memerintahkan Malaikat Israfil untuk meniupkan angin Sangakala yang hebat itu untuk menghidupkan semula semua mahkluk yang sudah mati Israfil meniup dan berteriak dengan sekuat-kuatnya :"Wahai nyawa yang telah keluar dari badan,tulang-tulang yang telah reput luluh, tubuh yang telah buruk, urat yang telah putus berkecai, kulit-kulit yang telah pecah hancur, rambut-rambut yang telah luruh! Bangunlah kamu semua untuk menjalani hukuman dari Allah SWT yang menjadi Hakim Besar dan Raja kepada semua raja!"

Maka dengan tiba-tiba mereka pun tegak bangun berdiri. Mereka lihat langit, didapati langit berjalan-jalan,mereka lihat bumi, didapati bertukar wajah, tidak seperti bumi yang dahulu, Dilihat bintang-bintang, semuanya telah berhimpun di satu kawasan dengan padatnya. Dilihat laut terdapat api yang sedang bernyala-nyala diatasnya. Dilihat Malaikat Zabaniah telah berada dihadapan mereka. Dilihat matahari telah hilang cahayanya. Maka sedarlah dan tahulah mereka bahawa mereka berada ditempat yang dijanjikan kiamat. Lantas mereka berkata :"Inilah dia sebagaimana yang telah Allah janjikan dan inilah menunjukkan kebenaran para Rasul."

Seperti yang telah Allah sebutkan dalam Al-Quran : "Mereka berkata: "Aduhai celakalah kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat tidur kami (kubur ) ?" (Yassin: 52 )

Mereka pun keluar dari kubur tanpa pakaian,tidak berkasut dan sebagainya.Mereka bertelanjang bulat tanpa seurat benang pun dibadan.Dalam masa bangkit itu, manusia dalam keadaan bermacam - macam rupa.

1. Sesetengah mereka ada yang berupa kera kerana di dunia mereka suka membuat fitnah kepada orang lain.
2. Ada yang berupa khinzir kerana suka makan rasuah ketika menjalankan hukuman.
3. Ada yang buta mata kerana keterlaluan pada menghukum manusia.
4. Ada yang pekak dan bisu kerana mereka hairan dengan amalan yang mereka lakukan.
5. Ada yang mengalir daripadanya nanah dan darah yang amat busuk dan sentiasa menikam-nikam lidah sendiri. Ini adalah kumpulan ULAMA yang bercakap dan mengajar tetapi perbuatannya tidak sama dengan apa yang diucapkan.
6. Ada pula yang luka-luka seluruh badan kerana suka menjadi saksi bohong.

7. Ada yang telapak kaki mereka terletak didahi dan terikat kepada ubun-ubun mereka serta menjadi sangat busuk, lebih busuk daripada bangkai. Mereka adalah orang yang sanggup membeli dunia dengan akhirat. ( mencari kemewahan dunia dengan memperalatkan agama.)
8. Ada seperti orang mabuk, rebah ke kiri, rebah ke kanan terhuyung-hayang. Mereka inilah yang sanggup menyimpan harta dari belanjakan ke jalan Allah.
9. Ada yang berkeadaan benar-benar mabuk, orang ini suka bercerita-cerita dalam masjid akan hal dunia.
10. Ada yang berupa khinzir kerana suka makan harta riba.
11. Ada yang tidak bertangan dan tidak berkaki.Mereka ini suka menyakiti orang-orang sekampungnya.
12. Ada yang berupa khinzir kerana mereka mempermudah-mudahkan sembahyang (lalai dalam sembahyang)
13. Ada pula yang bangkit dengan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking yang sentiasa mengigit-gigit dan menyengat-nyengat. Mereka ini di dunia payah hendak mengeluarkan zakat.
14. Ada yang berkeadaan dimana darah yang amat busuk sentiasa keluar dari mulut mereka. Orang ini suka berbohong dalam perniagaan.
15. Ada yang sampai terasing daripada manusia serta badannya sangat busuk dari bangkai. Mereka ini suka menyembunyikan maksiat kerana takutkan manusia, tidak takut pada Allah.
16. Ada yang terpotong halkum, keadaannya tercerai dari leher. Orang ini selalu sanggup untuk bersaksi bohong.
17. Ada yang bangun dari kubur tiada berlidah dan mengalir darah busuk dari dalam mulutnya. Orang itu malas mengucap kalimah syahdah.

18. Ada pula yang berjalan dengan kepala di bawah dan kaki di atas langit. Darah dan nanah sentiasa mengalir dari kemaluan mereka. Mereka itu suka berbuat zina semasa hidup.
19. Ada yang berkeadaan muka hitam dan perutnya penuh dengan api neraka. Mereka ini suka memakan harta anak yatim secara zalim.
20. Ada pula yang bangun dengan mengidap penyakit kusta dan sopak. Mereka inilah yang derhaka terhadap kedua ibu bapanya.
21. Ada yang gigi mereka seperti tanduk lembu,lidah mereka terjelir hingga ke perut, najis dan kencing sentiasa keluar dari perut mereka. Mereka adalah orang yang suka meminum arak.
Semoga kita tergolong dalam golongan yang segera menginsafi diri dan bertaubat di atas dosa dan pengkhianatan yang dilakukan terhadap sesama manusia.

WASALLAM

PENGHUNI MAHSYAR MERAYU DIPERCEPATKAN HUKUMAN
Satu pertanyaan timbul dikalangan ahli Mahsyar, iaitu berapa lama mereka mesti berada di padang mahsyar ?. Tidak siapapun yg tahu. Perit derita dialami berada disitu, dalam tangis dan keluhan yg tidak berhenti-henti namun mereka tetap dalam keadaan membisu tanpa sepatah kata, dalam keadaan tidak tahu hendak mengadu kepada siapa. Mereka amat lapar tanpa sebutir makanan yg mengisi perutnya, tanpa setitik air yg membasahi tekaknya sejak sekian lama, malah sama sekali tidak pernah merasai hembusan angin yg boleh memberikan sedikit kelegaan.

Berdiri terpacak dengan kedua belah kaki tanpa berganjak setengahnya pula berdiri dgn kepala ke bumi, mereka berkeadaan demikian selama 300 tahun akhirat. Suatu jangka masa yg tidak lagi diukur dengan peredaran bulan atau matahari kerana matahari sudah tidak beredar seperti didunia dahulu. Sesaatpun manusia tidak akan tahan dalam pancaran matahari di atas kepala, betapalah hingga 300 tahun ukuran akhirat. Saidina Hasan r.a menjelaskan bahawa satu hari di bumi mahsyar itu bersamaan 50,000 tahun, setahun mengandungi 365 hari dikali dengan 50,000 tahun dan dikalikan pula dengan 300 tahun akhirat, dengan demikian penghuni mahsyar berdiri selama kira-kira lima ribu juta tahun.

Waktu yg begitu panjang itu hanya sekadar suatu tempoh bagi Allah SWT membiarkan manusia dibumi mahsyar, suatu tempoh deraan yg tidak tertanggung oleh manusia sementara menuggu hari perhitungan amal. Berdiri dalam berhimpit-himpitan seperti yg diibaratkan oleh Rasululluah s.a.w laksana anak-anak panah yg disumbatkan ke dalam bakul dengan bersesak-sesak. Demikianlah penghuni mahsyar berhimpit padat sehingga tidak ada ruang untuk bernafas, menahan dahaga bagaikan terbakar rengkung dan rasa lapar yg tidak dapat dibayangkan lagi.

Dikala itu tiba-tiba Allah SWT perintahkan seluruh penghuni mahsyar supaya berpaling kearah neraka. Ini arahan pertama dari Allah SWT kepada ahli mahsyar setelah mereka idak dipedulikan selama 300 tahun, tidak dipedulikan oleh Allah sudah merupakan azab buat mereka, betapa pula apabila mereka diarah menghadap ke arah neraka yg apinya menjulang, dengan arahan itu tidak seorang pun yg dapat berpaling dari neraka kecuali mereka yg mendapat rahmat Allah.


Ketika sedang terlalu dahaga, datang malaikat Zabaniah membawa air untuk mereka, pada mulanya ahli mahsyar bergembira tetapi malangnya air itu tersangat panas sehingga apabila mangkuk air itu didekatkan ke mulut ahli mahsyar, lantas daging muka mereka luruh berguguran kerana air yg dibawa oleh malaikat Zabaniah terlalu panas. Muka mereka hanya tinggal tengkorak yg hangus.

Demikianlah Allah SWT menunaikan janjinya bahawa Tuhan akan menjadi raja yg memerintah pada hari akhirat, suatu hari yg amat digeruni oleh para malaikat. Malangnya hari itu telah dilupai oleh para raja dan pemerintah di dunia, sehingga mereka melakukan kezaliman yg besar apabila enggan melaksanakan hukum dan peraturan Allah

Ketika Allah SWT melimpahkan rahmat-Nya di dunia kebanyakan manusia ambil peduli. Allah SWT berfirman melalui Rasul-Nya menyatakan bahawa kasih sayang Allah mengatasi kemarahan-Nya, dengan sifat-Nya yg Maha Halus dan Maha Penyantun, manusia dirayu dengan penuh kasih sayang agar beriman dengan Allah dan hari akhirat tetapi tidak ramai yg menghiraukan rayuan Allah.

Pada hari Mahsyar tibalah masanya bagi Allah membuktikan peringatannya tentang bahaya hari akhirat bagi mereka yg mendustakannya. Mahsyar bukanlah hari pembalasan yg sebenar. Ia hanya sekadar suatu perhimpunan sementara menunggu perhitungan amal. Namun kebanyakan ahli mahsyar mengeluh tidak tahan lagi berada lebih lama di sana.



Dalam keletihan yg tidak terhingga dan rasa lapar dahaga yg menghiris kerana jutaan tahun (menurut ukuran masa) tidak ada sebutir makanan atau setitik air yg masuk ke perutnya. Ketika itu kedengaran dikalangan mereka yg berkata: “Tidak adakah dikalangan kita yg boleh mengadu dengan Tuhan agar disegerakan hukuman”.

Ada juga terdengar suara dikalangan ahli mahsyar yg memberikan cadangan agar berjumpa Nabi S.A.W.. Ketika inilah baru mereka ingat akan Nabi S.A.W, ketika inilah baru mereka ingat agar berjumpa Nabi, walaupun semasa di dunia dahulu mereka langsung tidak menghiraukan seruan nabi, malah ada yg mendustakan dan memusuhi Nabi serta membuat tuduhan terhadap nabi sebagai ahli sihir, orang gila dan sebagainya.

Ketika itu, kebanyakan para Nabi enggan menerima rayuan mereka sambil berkata “Bahawa hari ini masing-masing membawa diri, nafsi-nafsi, urusan aku terlalu banyak dan tidak sempat untuk memikirkan hal orang lain. Hari ini adalah hari bagi Tuhan memperlihatkan kemurkaan-Nya, belum pernah Tuhan marah sedashyat hari ini”.

Akhirnya mereka berjumpa dengan Nabi Muhammad S.A.W dan meminta agar diri mereka diberi syafaat, Nabi memberikan syafaatnya sebagaimana yang pernah dijanjikan , tetapi hanya kepada orang-orang tertentu yang pernah mengikat perjanjian dengan Allah dengan keimanan yang tinggi dan amal soleh . Nabi Muhammad S.A.W telah diizinkan oleh Allah SWT sebagaimana yang tersebut di dalam Surah Thahaa ayat 109 yang bermaksud… “Ada hari itu tidak berguna syafaat kecuali (syafaat) orang hanya Allah Maha Pemurah telah memberi keizinan kepadanya, dan Dia telah meredhai perkataannya”.


Menurut Imam Al-Ghazali bahawa mana-mana orang yang berumur panjang, sedangkan dia terlalu teruk menanggung sabar kerana ujian keimanannya terhadap Allah, sabar dari segala runtunan hawa nafsu ,sabar menghadapi ancaman seteru-seteru Allah , maka bagi orang itu akan terasa pendek masa yang dilalui dihari Mashyar.

Justeru orang-orang yg beriman dan patuh kepada semua suruhan Allah serta menghindari segala pantang larang dari perkara-perkara yg haram ,maka banyak masalah yg ditempuhinya , kesukaran dan berbagai ujian kerana mentaati suruhan Allah . Apabila manusia dalam sengsara akan menjadikan manusia terasa terlalu lama hidup di dunia. Sekiranya dia berhati sabar menempuh segala halangan dan cubaan ,maka wajarlah ia menerima rahmat dari Allah dengan menjadikan masa yang singkat sewaktu berada di Mashyar.

Hal-hal inilah yang menjadi pendorong dan semangat terutama kepada mereka yang berjihad didalam halaqah Islamiah ,kerana berada dalam gerakan Islam itu pasti akan menempuh berbagai ujian, dimusuhi dan dibenci oleh orang-orang yg tidak senang. Disebabkan menyokong gerakan Islam , akibatnya dia menerima berbagai sekatan,dihalang dari menerima bantuan,dicerca, dipulau dan dimaki.

Namun kesemua itu akan menjadi suatu yg mendatangkan rahmat kepadanya di mashyar kelak, apabila dia sabar diatas segala rintangan itu. Ketika manusia diperam dan dijeruk didalam lautan keringat dan airmata dihari Mashyar, maka Allah kurniakan rahmat terhadap mereka dengan menjadikan jangka masanya singkat di bumi Mashyar.Walhal bagi orang lain yg tidak mendapat rahmat dan syafaat , tetap merasai suatu jangka masa sehingga ribuan juta tahun.

Orang-orang yg beriman sering memikirkan kesengsaraan hari mashyar yg deritanya tidak terperi, dia sedar bahawa sebagai manusia yg lemah tidak mampu menanggung azab yg begitu lama di bumi mashyar, justeru itu dia sanggup menanggung kesusahan yg sebentar didunia semata-mata kerana hendak mentaati segala perintah Allah dan menjauhi apa jua larangan-Nya, serta memperjuangkan agama-Nya agar ia sentiasa terbela walaupun ramai dikalangan manusia yg membencinya.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud;
“Kepada orang mukmin yng menanggung sengsara kerana beriman dengan Allah SWT , maka ia akan diringankan seperti lebih ringannya dia melakukan solat fardhu semasa di dunia”.

Oleh itu selagi umur masih ada sayugialah orang-orang mukmin itu berfikir dan berusaha ,samada dia benar-benar merasa gerun dengan hari mashyar . Adakah dia memilih ingin rehat di hari mashyar atau hendak membuang umur dan membazirkan waktu dengan sia-sia didunia ini.






10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T
Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."



Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

9 PERINGKAT SOLAT: KITA TERGOLONG DLM PERINGKAT MANA???????
Golongan 1.
Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak sembahyang,
bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang. Imam Malik kata jatuh kafir
kalau tak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafi kata jatuh fasik (pun masuk
neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.

Golongan 2.
Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih
tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang
mahupun secara rasmi atau tak rasmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada.
Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka
kepada Allah Taala.

Golongan 3.
Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pestaria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang. Orang ini jatuh fasik.
Golongan 4.
Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak
khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya banyak yang dia
tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada
sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca. Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia
dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang,orang
ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.

Golongan 5.
Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan
perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini
dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.

Golongan 6.
Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi
main tarik tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk,
sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu di dalam sembahyangnya,
teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara
tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta
fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam
sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai Sembahyangnya. Ia merintih dan
tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang
lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya
dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan
jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar dan khusyuk itu mudah
mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan
dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya
tiada memberi kesan apa apa.Allah belum lagi cinta orang ini.

Golongan 7.
Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara
langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya
tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau
apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak
mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia,
menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya
namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.

Golongan 8.
Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan
sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati
dunia didalam sembahyangnya, malahan dia dapat menghayati setiap makna
bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya,
doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap
gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat
langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar
dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada
gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan
Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah)
Golongan 9.
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan
tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang
malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah
langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala
masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah
menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah,
seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk
mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang
itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin
banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia nak
lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak
mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak
hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli.
Hatinyahanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin.
Golongan yang benar dan haq.

Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka
dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah
sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja.
Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur
fasik dan zalim.


Jadi dimanakah tahap sembahyang kita? Perbaikilah diri kita mulai dari
sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan
kepada kita di akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah bersama
membaiki solat kita agar segera dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah
kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.

AYAT AL-QURSI
=============

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasulullah S.A.W. dengan segera memerintahkan Zaid b. Tsabit menulis serta menyebarkannya. Sesiapa yang membaca ayat Qursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu,setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, insyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.

Mengikut keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan
dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya,dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah, Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan. Untuk amalan kita semua

Fadhilat Ayat Al-Qursi mengikut Hadis-Hadis , Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud:
"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Qursi, Allah
hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Qursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah
memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Qursi dicintai dan dipelihara
Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal
dengan bacaan ayat Qursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan
Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Qursi
juga,dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Qursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Qursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Qursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Qursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan zahir dan batin.

* Barangsiapa membaca ayat Al-Qursi apabila berbaring di tempat
tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga
subuh.

* Barang siapa membaca ayat Al-Qursi di akhir setiap
sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah
hingga sembahyang yang lain.

* Barang siapa membaca ayat Al-Qursi di akhir tiap
sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga
kecuali maut.

* Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan
dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di
sekitarnya.

* Barang siapa membaca ayat Al-Qursi di akhir tiap-tiap
sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang
bersyukur perbuatan-perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi
juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

* Barang siapa membaca ayat Al-Qursi sebelum keluar rumahnya,maka
Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon
keampunan dan mendoakan baginya.



* Barangsiapa membaca ayat Al-Qursi di akhir sembahyang, Allah Azza
Wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah
seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati
syahid.

* Barangsiapa yang membaca ayat al-Qursi ketika dalam kesempitan
nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.
Dari Abdullah bin 'Amr r.a. ,
Rasullullah s.a.w. bersabda,
"SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

Wassalam.

MAKSUD BACAAN DI DALAM SOLAT
Takbiratul-Ihram & Takbir
Allah Maha Besar.
Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.
Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanaMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
Salam
Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.
"bertemu krn Allah, berpisah krn Allah"





Assalamua'laikum..................
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......
1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2 - Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3 - Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5 - Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIROTOL-MUSTAQIM. kubur.
8 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita di padang Masyar.
10 - Tahiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh mungkar & nangkir di dalam kubur.
11 - Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12 - Salam : Memelihara kita di dalam kubur.
13 - Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T

Dari Abdullah bin 'Amr R.A., Rasulullah S.A.W. bersabda, "Sampaikanlah
pesanku biarpun satu ayat.."

Sujud Melegakan Sistem Pernafasan

MUNGKIN ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal
manusia.
Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah
Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.
Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
Bernafas ketika sujud pula boleh:
- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

- melegakan sakit hernia. (burut)

- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.

- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

- meringankan bahagian pelvis.

- memberi dorongan supaya mudah tidur.

- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.

- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,
mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah
dada.

- mengurangkan kegemukan.

- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).


- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.
Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan
menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang.
Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap
inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.






TUJUH KALIMAT

Sabda Rasulullah S.A.W ; " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang
mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau
sebanyak busa/buih laut "

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa.
Semoga bermanfaat...

(Imam Malik)
Dari Abu Hurairah ra, dari Nabi saw, bahawa Baginda bersabda: "Aku
tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak akan sesat
selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan
sunnah Rasulullah saw."

MEMAGARI DIRI DARI SIHIR
Cara memagar diri dari ilmu hitam (sihir)Di bawah ini ini di nyatakan
cara cara atau amalan yang boleh di lakukan untuk memagar diri anda dari
perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam.Sihir mungkin
tidak mengenal siapa anda.Ia boleh menyerang anda..ketahuilah cara
memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.
Pagar Pertama (1)
Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah.
Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan
Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis
tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati
sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi:
"Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah,
dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun
atau sihir yang terkena pada hari itu".
Riwayat al Bukhari.

Pagar Kedua (2)
Berwuduk sebelum tidur
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang
mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat
oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T. kepada
mereka.
Sabda Rasulullah S.A.W.:
Ertinya: "Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan
Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya
tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih
dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat.
Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walau
pun sedetik untuk mengucapkan doa: 'Ya Allah!
Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci'"
Riwayat at Tabraaniy dengan sanad yang baik.

Pagar Ketiga (3)
Mengambil berat tentang solat berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim
bebas serta aman dari gangguan syaitan.Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah
menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka.
Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk,
menyihir atau melakukan kejahatan lain.
Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a.,Rasulullah S.A.W. telah bersabda :
Ertinya: 'Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaltan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah.

Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang
menyendiri dari puaknya.'
Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik.

Pagar Keempat (4)
Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari sihir.
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah
mempermudah-mudahkannya.Sifat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam
boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu.
Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya
adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas
hasil perlakuan syaitan tersebut.
Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata:
Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur
hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah
S.A.W. pun bersabda:

Ertinya: "Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya"
Riwayat al Bukhari dan Muslim.

Pagar Kelima (5)
Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas.
Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia
akan cuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai
seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ke tandas. Di dalam sebuah buku
seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan
tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan.
Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa
perlindungan dengan berkata :
Ertinya: "Dengan nama Allah. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu
dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan".
Riwayat al Bukhari dan Muslim.
Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.

Pagar Keenam (6)
Memagar isteri selepas selesai akad nikah
Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan
adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan
kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa :
"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang
telah Engkau selubungi ke atasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan
keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah
berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan
perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia
telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya"
Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik.





Pagar Ketujuh (7)
Berwuduk sebelum tidur,membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap.
Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata
kepada Abu Hurairah:
"Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya
sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak
mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi".
Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut
sambil berkata:
"Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ía sendiri sememangnya penipu".
Riwayat al Bukhari.





KEJADIAN NABI ADAM (Renungan)...

BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya
turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam,
Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi , bumi enggan membenarkan
tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi
maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa, mendengar sumpah bumi. Begitulah seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah
memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak
berganjak, dan masing-masing kembali dengan tangan yang hampa.

Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi.
Kata Allah: " Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil
tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu.

Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada
bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil.
Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat
Allah.Lalu Allah berfirman :"Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan
mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia. Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang dibenci oleh umat manusia.

Lalu Allah berfirman lagi: "tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu,
Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab,
terbunuh,terbakar,sakit dan sebagainya.

TANAH YANG BAGAIMANA DIJADIKAN ?

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah(Babylon)
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha'if

Kata Ibnu Abbas :

1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis, kerana di situlah
berada otak manusia dan di situlah tempatnya akal.
2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar
dan tempat menerima nasihat.
3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada
Allah.
4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan
tempat kecantikan.
5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan
kerjasama,sesama manusia.
8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.
9. Perutnya dari tanah Babylon.Disitulah tempat seks(berahi) dan
tipu daya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.
12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah iman, keyakinan,ilmu,kemahuan dan sebagainya.
13. Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur
dan mendoakan kepada Tuhan.

Bagaimanakah prosesnya :

1. Ketika Allah akan jadikan Adam, tanah itu dicampuri air
tawar,air masin,air hanyir, angin, api.Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut"
kemudian diletakkan didalam "Alam Malakut".



3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah
tanah pilihan.Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan
dengan rempah-rempah ,wangi-wangian dari sifat Nur Sifat Allah, dan
dirasmi dengan air hujan "Barul Uluhiyah".

4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah-Nya"
iaitu sifat "Jalan dan Jammal".Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang
sempurna.

5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh
Adam, ia pula merasa malas dan enggan, malah ia berputar-putar,
mengelilingi patung Adam yang terlantar.Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk, akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik
sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini. Kerana Adam
telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya.
Sebagai peringatan: yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku
manusia.

Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, tetapi
warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan. Dijadikan pada
tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang.Tujuh buah liang di kepala,dan dua buah liang dibawah badan letaknya.Tujuh buah letaknya di kepala : dua
liang mata,dua liang telinga, dua liang hidung dan sebuah liang mulut. Yang dua macam di bawah : sebuah liang kemaluan dan liang dubur.
Dijadikan pula lima buah pancaindera :

1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat perasa manis,masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk
perasa halus, kasar dan sebagainya.

Setelah Roh masuk ke dalam tubuh Adam : Lalu roh itu masuk
perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam. Dahulu Izrail ditugaskan mengambil tanah untuk Adam, dan kini dia pula ditugaskan untuk mencabut nyawa umat manusia.

Setelah itu meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan
tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri dan ke kanan. Dan juga melihat ke bawah di mana bahagian badannya masih merupakan tanah keras.Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang
menyaksikan kejadian dia.

Ketika itu Adam telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan
tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai
kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah
ajarkan padanya mengucap Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah.

Lalu Allah berkata: "Yarkhamukallah" yang ertinya: "semoga engkau
diberi rahmat Allah" Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan
sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya sunat
mengucapkan "Yarkhamukallah".

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu
bangun. Padahal bahagian badannya kebawah masih menjadi tanah keras. Di
sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar).
Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud :"Dan adalah manusia itu, suka
tergesa-gesa".(Al-Israk:II)

Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya, maka terjadilah
susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar.
Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki
lalu terjadi darah daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengan
sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian bagus dan halus. Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam.

Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru, maka dialah
merupakan jenis makhluk manusia yang pertama.Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum lihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama hinggalah yang ketujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.


Renungan : Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung , Maha
pencipta sekian alam dan pencipta setiap kejadian. Bertaqwalah kita
kepadaNya, kerana pada Allah-lah kita akan dikembalikan.

5 comments:

  1. INILAH YANG NYATA. INILAH YANG BENAR.

    Al Quran menyatakan kejadian Adam AS dan Bani Adam terdiri dari dua kembar atau kejadian.

    1. Kejadian Zahir. 2. Kejadian Batin.

    Kejadian zahir insan terbentuk dari SARIPATI, SERAT dan HIDRAT yang terkandung dalam tanah, terdiri dari gas, zat, mineral-mineral, protein dan vitamin-vitamin.

    >Ar Rahman: 14. >As Sajaddah: 7. >Ash Syafaat: 11. >Ali Imran: 59. >Al Hijr: 28.

    Apa yang dimaksudkan dengan gas itu adalah gas-gas yang terdiri dari gas pembakar atau oksigen, gas hydrogen (2 kandungan hydrogen + 1 kandungan oksigen = Zat atom AIR), nitrogen, carbon dioksida dll.

    Zat bahan galian atau mineral pula terdiri dari kalsium, magnesium, fosforus, kalium, zat besi, beta karotin dll.

    Manakala vitamin pula terdiri dari vitamin A, B, C, D, E, K dsb.

    Saripati, serat dan hidrat tersebut berupa sebatian kering yang keras, berbau hanyir, berlendir, lekit dan berair.

    Kejadian di atas disebut sebagai kejadian FIZIKAL atau ZAHIR.

    Menurut Ulamak Tauhid kejadian berkenaan dipanggil DIRI ZAHIR.

    Setelah sempurna jasad Adam maka Allah SWT ‘meniupkan ROH ALLAH’ ke jasad Adam.

    >Al Hijr: 29.

    Kejadian ini disebut sebagai diri BATIN. Terdiri dari Roh Allah yang mengandungi Annur (zat Muhammad dan malaikat) dan Annar (Qarin, Iblis, jin dan syaitan)

    Yang zahir akan tinggal di tanah, TERKUBUR di dalam KUBUR.

    Yang batin ‘Ya ai'ya TUHAN nafsul mudma'inah’ berada di BARZAKH alam yang terdinding di antara 2 alam iaitu Alam Dunia dan Alam Akhirat terdiri dari Sijjin dan Illiyin.

    >Al Fajr: 27-30. >Al Mukminun: 99-100.

    Moga kekeliruan dari semua imam-imam fekah dan syariah terdahulu yang bercanggah pendapat beroleh pencerahan sebenar dari landasan Al Quran Kalam Allah.

    Roh akan dimasukkan semula ke DIRI BATIN dan bukan jasad diri zahir.

    ReplyDelete
  2. INILAH YANG NYATA. INILAH YANG BENAR.

    Al Quran menyatakan kejadian Adam AS dan Bani Adam terdiri dari dua kembar atau kejadian.

    1. Kejadian Zahir. 2. Kejadian Batin.

    Kejadian zahir insan terbentuk dari SARIPATI, SERAT dan HIDRAT yang terkandung dalam tanah, terdiri dari gas, zat, mineral-mineral, protein dan vitamin-vitamin.

    >Ar Rahman: 14. >As Sajaddah: 7. >Ash Syafaat: 11. >Ali Imran: 59. >Al Hijr: 28.

    Apa yang dimaksudkan dengan gas itu adalah gas-gas yang terdiri dari gas pembakar atau oksigen, gas hydrogen (2 kandungan hydrogen + 1 kandungan oksigen = Zat atom AIR), nitrogen, carbon dioksida dll.

    Zat bahan galian atau mineral pula terdiri dari kalsium, magnesium, fosforus, kalium, zat besi, beta karotin dll.

    Manakala vitamin pula terdiri dari vitamin A, B, C, D, E, K dsb.

    Saripati, serat dan hidrat tersebut berupa sebatian kering yang keras, berbau hanyir, berlendir, lekit dan berair.

    Kejadian di atas disebut sebagai kejadian FIZIKAL atau ZAHIR.

    Menurut Ulamak Tauhid kejadian berkenaan dipanggil DIRI ZAHIR.

    Setelah sempurna jasad Adam maka Allah SWT ‘meniupkan ROH ALLAH’ ke jasad Adam.

    >Al Hijr: 29.

    Kejadian ini disebut sebagai diri BATIN. Terdiri dari Roh Allah yang mengandungi Annur (zat Muhammad dan malaikat) dan Annar (Qarin, Iblis, jin dan syaitan)

    Yang zahir akan tinggal di tanah, TERKUBUR di dalam KUBUR.

    Yang batin ‘Ya ai'ya TUHAN nafsul mudma'inah’ berada di BARZAKH alam yang terdinding di antara 2 alam iaitu Alam Dunia dan Alam Akhirat terdiri dari Sijjin dan Illiyin.

    >Al Fajr: 27-30. >Al Mukminun: 99-100.

    Moga kekeliruan dari semua imam-imam fekah dan syariah terdahulu yang bercanggah pendapat beroleh pencerahan sebenar dari landasan Al Quran Kalam Allah.

    Roh akan dimasukkan semula ke DIRI BATIN dan bukan jasad diri zahir.

    ReplyDelete
  3. ANTARA KERAKUSAN PARA ULAMAK ISLAM DALAM MENTERJAMAHKAN MAKSUD AL QURAN.

    > Menyatakan Malaikat bersayap.

    Sedangkan Allah mewartakan Malaikat dijadikan dri Annur dan tidak berjisim.

    Kenapa pula JALUR-JALUR CAHAYA yg diperlihatkan ditafsirkan sebagai sayap?

    > Berbicara pasal BIDADARI SYURGA.

    Sedangkan HUR 'AIN itu bermaksud DILIHAT BERSERI BERSINAR-SINAR...BERCAHAYA BERGEMERLAPAN.

    > Mentafsirkan KEMANISAN, KENIKMATAN, KELAZATAN, KEENAKAN di Jannah sebagai ARAK, MADU, SUSU dsb.

    Sedangkan kata Al Quran isi Jannah tiada sebarang gambaran menyamai isi dunia.

    ANTARA KEMUNGKARAN DI DALAM MENTAFSIR HADIS.

    > RasulAllah SAW menyebut ‘Akan berpecah agama ini menjadi 73 dan cuma satu yang diterima...mereka yang berpegang pada jalan yang aku bawa dan yang kamu bawa’ maksud kamu itu adalah para sahabat.

    Jalan itu maksudnya SIRAH...Sirah Islam. Dari alam ghaib mana wujudnya BRANDING atau JENAMA Sunnah Wal Jammah, Syiah, Qadariah, Jabariah dsbnya itu?

    > Imam umat islam itu adalah RasulAllah SAW. Kenapa pula Maliki, Syafie, Hambali dan Hanafi dijadikan Imam Islam yang wujud 100 th selepas wafatnya Baginda Nabi SAW.

    Andaikata sekiranya Syafie atau salah satu dari imam yg 4 itu hidup di zaman Nabi SAW adakah Nabi juga akan berimamkan mereka?

    KEMBALILAH SEMULA KE SIRAH MUHAMMAD YANG MENJUNJUNG AL QURAN DAN SUNNAH...SEMATA-MATA ISLAM...TANPA SEBARANG FAHAMAN DAN MAZAHAB YG BERBEDA.

    ReplyDelete
  4. SEBELUM DIKENALI HANYA ALLAH YANG KENAL DENGAN KE ESAANNYA SENDIRI.

    Allah menciptakan Muhammad menjadi kekasihNya, maka menjadi NYATA apa yang tidak nyata dan menggelar Muhammad sebagai BAPA PADA SEGALA ROH 'ABUL ROH atau ABUL ARWAH' maka terpancarlah ‘NUR MUHAMMAD’ lalu mengenali Allah.

    Kemudian dijadikan ‘ANNAR’ sebagai pasangan ANNUR.

    Selepas itu Allah jadikan 'ABUL BASYAR atau BAPA SEGALA JASAD' dipanggil ADAM.

    Dari Annur BAPA SEGALA ROH dijadikan para Malaikat dan dari IBU SEGALA ROH Annar dijadikan Jin, Iblis dan Syaitan.

    Dari BAPA DAN IBU SEGALA ROH DAN BAPA SEGALA JASAD DIJADIKAN PULA PLANET-PLANET DAN GALAKSI SERTA SEGALA ISINYA.

    INILAH ROH DAN JASAD CIPTAAN ALLAH SEBELUM ROH DAN JASAD BERUNSUR SARIPATI DARI BUMI DISATUKAN KE JASAD ADAM YG BERGELAR INSAN.

    BERMULANYA HABARUT.

    Hadis qudsi ada menyebut:

    Firman Allah:

    "Aku ini perbendaharaan yang tersembunyi dan Aku mahu dikenal maka Aku jadi kan makhluk"

    Makhluk pertama dicipta adalah Nur Muhammad sebagai neucleus segala kejadian.

    Setelah terpancar NurMuhammad kekasih Allah, Allah berselawat ke atas Muhammad dan para Malaikat yg menjadi keluarga Muhammad.

    Sehinggalah kepada Nabi Muhammad RasulAllah SAW dan seluruh umat islam turut berselawat ke atas Muhammad kekasih Allah.

    Hakikatnya kita telah lalui tujuh alam:

    1. Alam Lahut. 2. Alam Habarut. 3. Alam Malakut. 4. Alam Mitsal. 5. Alam Ajsam. 6. Alam Syahadah. 7. Alam Barzakh.

    Just a matter of dimension.

    Sebab itu Al Quran itu disebut absolute...inter dimensional.

    بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

    يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ ﴿٢٧﴾ ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً ﴿٢٨﴾ فَادْخُلِي فِي عِبَادِي ﴿٢٩﴾ وَادْخُلِي جَنَّتِي ﴿٣٠﴾

    Ya peaceful soul, return to Allah with satisfaction and pleasure, eternity together in such a congregation at Jannah.

    (Surat al-Fajr [89]:

    Antara perkara syirik yang tertinggi diamalkan oleh para ulamak dan para ustaz termasuk ustaz Dt Ismail kamus: Apabila meletakkan Allah SWT dalam bilangan ‘Allah yang Satu’ sedangkan menurut Al Quran Allah tiada bilangan dan tiada sebarang bandingan. Maksud Ahad dlm konteks Allah itu ESA. Allah itu NYATA.

    Lebih mensyirikkan lagi apabila membawa tuhan di dalam doa ‘YA ALLAH YA TUHANKU’ sedangkan Syahadah menafikan tuhan...semata-mata Allah...lebih parah bila para ulamak dan para ustaz membatu...membisu bila rata-rata menyebut tuhan yg satu. Sedangkan menurut Al Quran 'TUHAN' itu bermaksud ‘SUCI atau TENANG’ Ya 'aiya TUHAN NAFSUL mudma'innah...YA JIWA YANG TENANG.

    BOLEH KAH PARA ULAMAK DAN PARA USTAZ SESAT LAGI MENYESATKAN JADI TETAMU ALLAH DIJANNAH?

    ReplyDelete
  5. SEBELUM DIKENALI HANYA ALLAH YANG KENAL DENGAN KE ESAANNYA SENDIRI.

    Allah menciptakan Muhammad menjadi kekasihNya, maka menjadi NYATA apa yang tidak nyata dan menggelar Muhammad sebagai BAPA PADA SEGALA ROH 'ABUL ROH atau ABUL ARWAH' maka terpancarlah ‘NUR MUHAMMAD’ lalu mengenali Allah.

    Kemudian dijadikan ‘ANNAR’ sebagai pasangan ANNUR.

    Selepas itu Allah jadikan 'ABUL BASYAR atau BAPA SEGALA JASAD' dipanggil ADAM.

    Dari Annur BAPA SEGALA ROH dijadikan para Malaikat dan dari IBU SEGALA ROH Annar dijadikan Jin, Iblis dan Syaitan.

    Dari BAPA DAN IBU SEGALA ROH DAN BAPA SEGALA JASAD DIJADIKAN PULA PLANET-PLANET DAN GALAKSI SERTA SEGALA ISINYA.

    INILAH ROH DAN JASAD CIPTAAN ALLAH SEBELUM ROH DAN JASAD BERUNSUR SARIPATI DARI BUMI DISATUKAN KE JASAD ADAM YG BERGELAR INSAN.

    BERMULANYA HABARUT.

    Hadis qudsi ada menyebut:

    Firman Allah:

    "Aku ini perbendaharaan yang tersembunyi dan Aku mahu dikenal maka Aku jadi kan makhluk"

    Makhluk pertama dicipta adalah Nur Muhammad sebagai neucleus segala kejadian.

    Setelah terpancar NurMuhammad kekasih Allah, Allah berselawat ke atas Muhammad dan para Malaikat yg menjadi keluarga Muhammad.

    Sehinggalah kepada Nabi Muhammad RasulAllah SAW dan seluruh umat islam turut berselawat ke atas Muhammad kekasih Allah.

    Hakikatnya kita telah lalui tujuh alam:

    1. Alam Lahut. 2. Alam Habarut. 3. Alam Malakut. 4. Alam Mitsal. 5. Alam Ajsam. 6. Alam Syahadah. 7. Alam Barzakh.

    Just a matter of dimension.

    Sebab itu Al Quran itu disebut absolute...inter dimensional.

    بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

    يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ ﴿٢٧﴾ ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً ﴿٢٨﴾ فَادْخُلِي فِي عِبَادِي ﴿٢٩﴾ وَادْخُلِي جَنَّتِي ﴿٣٠﴾

    Ya peaceful soul, return to Allah with satisfaction and pleasure, eternity together in such a congregation at Jannah.

    (Surat al-Fajr [89]:

    Antara perkara syirik yang tertinggi diamalkan oleh para ulamak dan para ustaz termasuk ustaz Dt Ismail kamus: Apabila meletakkan Allah SWT dalam bilangan ‘Allah yang Satu’ sedangkan menurut Al Quran Allah tiada bilangan dan tiada sebarang bandingan. Maksud Ahad dlm konteks Allah itu ESA. Allah itu NYATA.

    Lebih mensyirikkan lagi apabila membawa tuhan di dalam doa ‘YA ALLAH YA TUHANKU’ sedangkan Syahadah menafikan tuhan...semata-mata Allah...lebih parah bila para ulamak dan para ustaz membatu...membisu bila rata-rata menyebut tuhan yg satu. Sedangkan menurut Al Quran 'TUHAN' itu bermaksud ‘SUCI atau TENANG’ Ya 'aiya TUHAN NAFSUL mudma'innah...YA JIWA YANG TENANG.

    BOLEH KAH PARA ULAMAK DAN PARA USTAZ SESAT LAGI MENYESATKAN JADI TETAMU ALLAH DIJANNAH?

    ReplyDelete