Friday 28 December 2012

PELAN TINDAKAN PERANCANGAN STRATEGIK SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 6 BAGI TAHUN 2010 - 2014 TERAS 1: MELONJAK KECEMERLANGAN AKADEMIK

1.0 PENGENALAN

Sekolah Menengah Kebangsaan JENGKA 6 memerlukan satu perancangan strategik bagi menangani isu-isu berkaitan pengurusan pendidikan. Unsur fleksibiliti, kreativiti, dinamik, inovasi, kritis dan partisipatif harus ada dalam menggaris strategi bagi mencapai visi, misi dan objektif sekolah.

2.0 ISU

Sistem pencerapan guru yang kurang berkesan.

3.0 MATLAMAT STRATEGIK

Kecemerlangan dalam akademik boleh dicapai melalui satu matlamat strategik iaitu:

3.1 Memantapkan sistem pencerapan guru.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Memperbaiki pengurusan sistem pencerapan guru.

5.0 STRATEGI PELAKSANAAN

Matlamat Strategik:

5.1 Meningkatkan sistem pencerapan guru yang lebih berkesan.

Objektif:

5.1.1 Meningkatkan kemahiran pencerapan berdasarkan Elemen 9 SKPM.
5.1.2 Membuat pencerapan keseluruhan guru
STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR INDIKATOR PENCAPAIAN TAHUN PENCAPAIAN
1. Tingkatkan kemahiran pencerapan berdasarkan Elemen 9 SKPM Taklimat guru mengenai aspek pencerapan berdasarkan Elemen 9 SKPM. • Bilangan taklimat yang diadakan

• Bilangan kehadiran guru
• Sekali setiap tahun.


• Semua guru hadir Januari setiap tahun
Bengkel penyeliaan dan pencerapan berdasarkan Elemen 9 SKPM. • Bilangan bengkel yang diadakan.
• Blangan kehadiran guru

• Penggunaan borang pencerapan. • Sekali setahun.

• Semua pengurusan sekolah hadir.

• Semua proses pencerapan menggunakan borang pencerapan Elemen 9 SKPM.
Januari setiap tahun.

Feb – Oktober setiap tahun
Perjumpaan dan perkongsian ilmu selepas pencerapan. • Kekerapan perjumpaan dan perkongsian ilmu.
• Setiap kali sesi pencerapan.
Feb – Oktober setiap tahun

TRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR INDIKATOR PENCAPAIAN TAHUN PENCAPAIAN
2. Laksanakan pencerapan guru Bina jadual pencerapan. • Bilangan guru yang dicerap

• Bilangan pencerapan
• 100% guru dimasukkan dalam jadual pencerapan.

• Sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

Januari setiap tahun


Feb – Oktober setiap tahun
Agihan pencerapan di kalangan Pengetua/PK/GK Bidang/KP • Agihan bilangan guru di antara pengurusan sekolah.

• 100% guru dicerap sekurang-kurangnya dua kali setahun.
Feb – Oktober setiap tahun


6.0 PENUTUP

Guru dan pelajar merupakan satu elemen utama yang terlibat secara langsung dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Guru akan menyampaikan kandungan pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar dalam persekitaran yang kondusif. Dokumen pengajaran dan pembelajaran dan keputusan peperiksaan menjadi pengukur ke arah penambahbaikan.

Kecemerlangan keputusan periksaan dan sahsiah pelajar menjadi penanda aras kepada SMKI ini. Sekolah telah merangka perancangan strategik bagi merealisasi visi sekolah iaitu menjadi sekolah yang cemerlang. Kecemerlangan keputusan periksaan dan sahsiah pelajar dapat dicapai melalui usaha yang konsisten.

No comments:

Post a Comment