Friday 28 December 2012

Tazkirah 2 Rahsia Solat Lima Waktu

Ali bin Abi Talib r.a. berkata, "Sewaktu Rasullullah saw duduk bersama para
sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan
orang-orang Yahudi lalu berkata, 'Ya Muhammad, kami hendak bertanya kepada
kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s.
yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat
muqarrab. ' Lalu Rasullullah saw bersabda, 'Silakan bertanya.' Berkata
orang Yahudi, 'Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan
oleh Allah ke atas umatmu.' "Sabda Rasullullah saw,

'Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala
sesuatu kepada Tuhannya.
Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi.
Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam a.s.
Maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas dan kemudian
dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan
permintaannya.
Sembahyang Isyak itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul
sebelumku.
Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari. Ini kerana apabila
matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ
sujudnya setiap orang kafir.'

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah saw, lalu mereka
berkata, 'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakanlah
kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang. '
Rasullullah saw bersabda, 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama
sembahyang yang pertengahan.
Sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam. Orang-orang mukmin
yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap
api neraka Jahanam pada hari Kiamat.'
Sabda Rasullullah saw lagi, 'Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana
Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi. Orang-orang mukmin yang mengerjakan
sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.'

Selepas itu Rasullullah saw membaca ayat yang bermaksud, 'Jagalah
waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan.
Sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam a.s. diterima.
Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta
sesuatu daripada Allah, maka Allah akan perkenankan.'
Sabda Rasullullah saw, 'Sembahyang Isyak (atamah). Katakan kubur itu adalah
sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang
berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isyak
berjamaah, Allah SWT haramkan dirinya daripada terkena nyala api neraka dan
diberikan kepadanya cahaya untuk menyeberangi Titian Sirath.'

Sabda Rasullullah saw seterusnya, 'Sembahyang Subuh pula, seseorang mukmin
yang mengerjakan sembahyang Subuh selama 40 hari secara berjamaah,
diberikan kepadanya oleh Allah SWT dua kebebasan iaitu:
a) Dibebaskan daripada api neraka.
b) Dibebaskan dari nifaq.

"Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan daripada Rasullullah saw, maka
mereka berkata, 'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad
(saw). Kini katakan pula kepada kami semua, kenapakah Allah SWT mewajibkan
puasa 30 hari ke atas umatmu?' Sabda Rasullullah saw, 'Ketika Nabi Adam
memakan buah pohon khuldi yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam
perut Nabi Adam a.s. selama 30 hari. Kemudian Allah SWT mewajibkan ke atas
keturunan Adam a.s. berlapar selama 30 hari. Sementara diizin makan di
waktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah SWT kepada makhluk-Nya.' Kata
orang Yahudi lagi,'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan
itu.

Kini terangkan kepada kami mengenai ganjaran pahala yang diperolehi
daripada berpuasa itu.' Sabda Rasullullah saw, 'Seorang hamba yang berpuasa
dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah SWT, dia akan diberikan
oleh Allah SWT 7 perkara:

a) Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang
tumbuh daripada makanan yang haram).
b) Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.
c) Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
d) Dijauhkan daripada merasa lapar dan dahaga.
e) Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang amat mengerikan).
f) Diberikan cahaya oleh Allah SWT pada hari Kiamat untuk menyeberang
Titian Sirath.
g) Allah SWT akan memberinya kemudian di syurga.'

Kata orang Yahudi, 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan
kepada kami kelebihanmu di antara semua para nabi.' Sabda Rasullullah saw,
'Seorang nabi menggunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya,
tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat
kepada umat saya di hari kiamat).' Kata orang Yahudi, 'Benar apa yang kamu
katakan itu Muhammad. Kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha
illallah, wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan melainkan
Allah dan engkau utusan Allah).'

Peringatan !!!

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit
ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah
berita gembira kepada orang-orang yang sabar." (Surah Al-Baqarah: ayat 155)
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia
mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa
(dari kejahatan) yang dikerjakannya." (Surah
Al-Baqarah: ayat 286)

RUMAH KECIL

Dari hati ke hati, sekadar ingatan & pedoman.
Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima Kali;

1. Aku rumah yang terpencil,
maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap
maka teranglah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah
amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa,
maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,
maka banyaklah bacaan "Laa ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah",
supaya kamu dapat jawapan kepadanya.


Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya;


1. Dunia itu racun,
zuhud itu ubatnya.

2. Harta itu racun,
zakat itu ubatnya.

3. Perkataan yang sia-sia itu racun,
zikir itu ubatnya.

4. Seluruh umur itu racun,
taat itu ubatnya.

5. Seluruh tahun itu racun,
Ramadhan itu ubatnya.

RENUNGKANLAH

Siapakah orang yang sombong

Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu
sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan
sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit
pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya

Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui
ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2
kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.


Siapakah orang dunggu kepala otaknya

Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan
ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan
kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat

Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di
dalam kemarahan.

Siapakah orang yang lemah

Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan
matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran
itu.

Siapakah orang yang bakhil

Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk
membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s.a.w.


Siapakah orang yang buta

Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan
kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli

Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik
namun tidak diendahkannya.
Siapakah orang yang sibuk
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu
solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman
a.s.

Siapakah orang yang manis senyumanya

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah
lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir
senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara

Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang
bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan
dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yang kaya

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak
loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa
menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang pandai

Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya
kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi

Siapakah orang yang bodoh

Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk
dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya

Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa
mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya

Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan
halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu

Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua
syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang,
pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih
berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yang selalu ditipu

Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian
itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yang paling cantik

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa
amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata
memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa
amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak
kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa
neraka.

PEREMPUAN, ISTERI DAN...POLIGAMI

(1) Kalau seorang perempuan keluar dengan bersolek dan menampakkan
auratnya, disenangi pula oleh suaminya, menunjukkan jiwa suaminya
telah mati, dayus namanya kerana sanggup jadikan isteri saham
bersama, cuma dia dapat saham lebih utama.

(2) Banyak isteri yang kasih, tapi payah cari yang setia, yang paling
susah mendapatkan perempuan yang kasih dan setia.

(3) Alangkah bertuahnya seorang itu selepas beriman isterinya banyak
setia belaka, anaknya banyak menurut kata, sahabat-sahabatnya banyak
menolong perjuangannya,ibu dan ayahnya senang hati mendoakannya.

(4) Kalau seorang isteri itu dapat dinikmati bersama oleh orang lain
walaupun setakat memandangnya suami dayus namanya, isterinya khianat.

(5) Perempuan itu cantiknya mempesona, cintanya pada kita
melalaikan,bencinya pada kita binasa.

(6) Biasanya seorang perempuan bila berkahwin dengan orang besar ia
merasa lebih besar daripada suaminya betapalah ia menjadi orang
besar, jangan haraplah suami dapat mengarah-arahkannya. Biasanya
suaminya jadi orang suruhannya.

(7) Diantara hiburan seorang suami selain daripada kesolehan
isterinyaboleh bertukar buah fikiran dengan isterinya, boleh
mengingat buah fikiran suaminya, boleh menerima ilmu yang diberi,
dapat menyampaikan sebagaimana yang diterima, boleh memberi semangat
kepada suaminya di saat suaminya kena uji.

(8) Biasanya perempuan yang tak cantik itu selalu bersolek bahkan
berlebih-lebih pula kerana hendak menutup ketidak-cantikkannya

(9) Bila isteri lebih masyhur daripada suaminya suami rasa bertuah dalam
derita, kalau suami masyhur daripada isteri, isterinya rasa bertuah
dalam kebanggaan.

(10) Seorang lelaki walau bagaimana cinta dengan isterinya sekalipun kalau
isterinya mati dia mahu cepat-cepat kahwin lagi, tapi bagi perempuan
yang cintakan suami kalau suaminya mati dia payah untuk kahwin lagi
kecuali kalau ia ditekan oleh sesuatu keadaan.

(11) Biasanya kemasyhuran seorang anak boleh menaikkan imej bapanya atau
ibunya, kalau kemasyhuran bapanya atau ibunya bertuah anaknya,tetapi
kemasyhuran seorang isteri boleh terhina suaminya.

(12) Diantara watak manusia di akhir zaman orang gaji berlagak seperti
isteri, isteri berlagak seperti suami, di waktu itu para suami
kehilangan isteri dalam masa beristeri.

(13) Orang yang bermadu itu macam orang makan madu, sekali-sekala tersedak
juga oleh kerana manisnya.

(14) Kalau isteri-isteri yang bermadu itu boleh tolak ansur tentang haknya
kerana sesuai dengan kedudukannya, ini menunjukkan perempuan luar
biasa.Tapi kalau hanya sanggup sama rata menerima haknya
semata-mata ini perempuan biasa, dan kalau meminta lebih dari
haknya, ini perempuan mementingkan diri

(15) Orang yang ada empat isteri, ia sentiasa berada dalam suasana
pengantin baru.

(16) Kalau perempuan yang tua itu terlalu suka bersolek, mengikut
saikologi dia susah hati kehilangan mudanya

Buah Kurma

Buah kurma atau dalam bahasa Arab menggelarnya tamar tergolong dalam
keluarga phoenix. Sekumpulan jenis palm seperti kelapa sawit sementara
buahnya bertangkai seperti buah pinang. Kurma mengandungi khasiat pemakanan
yang tinggi seperti kismis dan aprikot kering. Antaranya kurma kaya dengan
protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat mineral atau galian seperti
besi, kalsium, sodium dan potasium.

Selain kebiasaan, umat Islam digalakkan berbuka dengan kurma bersandarkan
sabda Rasulullah s.a.w. yang lain maksudnya: "Rumah yang tiada kurma
seperti rumah yang tidak mempunyai makanan". Kurma diangkat tinggi oleh
Rasulullah kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi.

Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus, serat
2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus
glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula didalamnya telah ditukar secara
semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh
adalah serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan
dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa
mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa
dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap
tubuh sebagai tenaga.

Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan
selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan
ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau
tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan
berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu
banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang
diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta
menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.

Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik
untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan
vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun
sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi zat galian dan yang
paling banyak dikenali sebagai potasium. Potasium diperlukan oleh tubuh
untuk sistem saraf kerana kurma adalah excellant source atau sumber
mujarab. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi
potasium tetapi jumlahnya sedikit.

Pengambilan potasium yang berlebihan tidak mengumpul toksid di dalam tubuh
atau memudaratkan. Sebaliknya ia merangsang selera makan bagi yang
berpenyakit serta bagus untuk golongan yang mengalami sembelit, lemah otot,
sengal-sengal badan, letih, lesu, mengalami tekanan serta menguatkan
ingatan. Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan,
sebenarnya kurma juga setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu
atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan
mempopularkan khasiatnya.

Kurma diakui sebagai buah berkhasiat dan sebagaimana Firma Allah s.w.t.
dalam surah al-Mukminah ayat 19, "Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun
kurma dan anggur untuk kamu. Di sana kamu peroleh buah-buahan yang banyak,
dan sebahagiaannya kamu makan."

Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. "Jika
sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang
dimakan." Dikisahkan sewaktu Mariam melahirkan Nabi Isa a.s. di bawah
pohon kurma. Telah datang malaikat Jibrail menyuruh Mariam menggegar pohon
kurma lantas dimakannya. Dengan izin Allah, ia memudahkan kelahiran Nabi
Isa a.s.

Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam
kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi.

Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk
seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis
penyakit.

Begitu juga dalam rawatan kaedah sufism, menjadikan kurma salah satu
penawar penyakit.

Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk
menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin.

Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar
selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti
dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Kurma juga
dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.

Kita seharusnya memakan buah kurma bukan hanya dalam bulan puasa sahaja.
Kurma baik dijadikan pembasuh mulut selepas makan atau menggantikannya
makanan ringan yang rata-rata mengandungi karbohidrat, garam, lemak dan
gula berlebihan yang boleh membawa pelbagai jenis penyakit.

WALLAHUA'LAM

No comments:

Post a Comment