Assalamualaikum WBK.
Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT
kerana dengan limpah rahmat-NYA dan dengan izin-NYA juga kita semua
dapat berkumpul pada pagi yang berbahagia ini dalam satu majlis yang
sungguh bermakna pada kita semua. Saya ingin merakamkan ucapan syabas
dan tahniah kepada Bidang Bahasa kerana menganjurkan Bulan Bahasa 2009.
Tahun
ini merupakan tahun ke-11 Bulan Bahasa disambut, kali pertama ialah
pada tahun 1999. Kerajaan telah meluluskan acara ini sebagai acara
negara berdasarkan pertimbangan bahawa pembangunan dan kemajuan Negara
tidak boleh diukur daripada aspek fizikal dan kebendaan semata-mata
sebaliknya perlu menyeluruh dan bersepadu. Dalam konteks ini, bahasa
dan sastera sebagai unsur penting kebudayaan dan tamadun bangsa &
Negara tidak boleh dipandang sepi dalam arus pembangunan Negara.
Setahun
sebelum kemerdekaan iaitu pada tahun 1956, Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP) telah ditubuhkan atas kesedaran bahawa persediaan perlu dimulakan
untuk menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa Kebangsaan, bahasa rasmi ,
bahasa ilmu bagi sebuah agama baru yang bertauliah.
Dalam
hubungannya dengan majlis kita pada hari ini, dasar bahasa Kebangsaan
telah memperlihatkan hasil yang nyata. Dengan adanya bahasa Kebangsaan
perpaduan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan keturunan telah
dapat diwujudkan. Bahasa Kebangsaan telah berperanan sebagai asas
pembentukan jatidiri dan citra bangsa Malaysia.
Sambutan Bulan Bahasa
ini akan diikuti dengan kempen berbahasa secara betul di adakan bukan
sahaja memberi tumpuan kepada aspek penggunaan bahasa tetapi juga
melibatkan aktiviti yang turut mengembangkan secara meluas dari aspek:-
• Pemupukan bakat seni
• Kemahiran berkarya
• Kemahiran berfikiran secara kritis dan kreatif
• Membina ketajaman intelak
• Membudayakan ilmu.
Dalam
konteks pendidikan, pemakanan perlu dilakukan secara tuntas kerana
tuntutannya amat mendesak. Bahasa Melayu merupakan pra-syarat lulus
SPM, manakala untuk lulus bahasa melayu pelajar wajib lulus ULBS ( Ujian
Lisan ). Oleh itu penekanan secara berfokus dengan daya usaha tinggi
perlu dilakukan segera baik oleh pelajar mahupun para guru.
Dalam
konteks Negara amnya, ketinggian budi dan bahasa sangat dituntut. Kita
perlu menjadi warga yang berbudi bahasa dan keperluan ini adalah
sebahagian daripada ciri-ciri warga negera yang berkualiti. Ketinggian
budi bahasa dan adab sopan pula dapat membezakan antara orang berilmu
dengan yang tidak berilmu.
Atas dasar inilah maka Bulan Bahasa Melayu
2009 dilancarkan di SMK Jengka 6. Saya percaya melalui aktiviti atau
program yang diaturkan dalam Bulan Bahasa ini boleh menjadi titik tolak
bagi mempelopori usaha yang lebih besar untuk mencungkil bakat dan
menggilap potensi pelajar. Sekaligus usaha ini akan memperkasa bahasa
Melayu.
Akhirnya saya berdoa dan berharap agar Bulan Bahasa ini akan
dapat menyedarkan seluruh warga SMK Jengka 6 tentang pentingnya mengisi
Dasar Bahasa Kebangsaan yang telah terbukti dapat membentuk perpaduan
rakyat dan dapat mengisi erti kemerdekaan yang kita capai melalui
pelaksanaan fungsinya sebagai bahasa pentadbiran dan bahasa ilmu.
Bersama
harapan itu saya dengan lafaz Bismillaahirrahmanirrahim, dengan
sukacitanya merasmikan Bulan Bahasa peringkat SMK Jengka 6 2009.
Terima kasih.
( TN. HJ. HAYUDIN B. MD SUHOR )
Pengetua,
SMK Jengka 6
assalamualaikum cg hayudin..saya shima xstudent smkjp..terima kasih atas perkongsian..semua bahan bacaan...
ReplyDeleteAssalamualaikum..mohon izin menggunakan teks ucapan dari cikgu..terima kasih atas perkongsian..smg Allah limphkan lg rezeki aamiin.
ReplyDeleteTQ
ReplyDelete