Mulianya seorang isteri disisi Allah... Dan betapa berharganya wanita
yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak Rugi dan
binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri
inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah buruk mana
isteri anda, sayangilah mereka..... Beruntungnya seorang wanita yg ada
rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh... 7 sehingga 15 hari
sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu
sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti
ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja
dengan Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. . sembahyang
wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.
Satu
lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung Allah
sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak
beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu
mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus
masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah
beri kelonggaran siksa kubur. Untuk peringatan semua wanita yang
bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi
dosa-dosa suami dia tak tanggung. Diakhirat nanti seorang wanita solehah
akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas
segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redho
suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah..
ganjaran Alah keatasnya jua.. Bila dia lihat suaminya tengah
terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi
di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini. Manakala suami pula
mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa
anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan
dosa-dosa yang lain.. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan
syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Sesungguhnya wanita
dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke
kaki,juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri
lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta
untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.
Woman was made from the rib of man, She was not created from his head to
top him, Nor form his feet to be stepped upon, She was made from his
side to be close to him, From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him. "Wahai Tuhan... ku tak layak ke
syurgamu ... namun tak pula aku sanggup ke nerakamu... kamilah hamba
yang mengharap belas darimu...
No comments:
Post a Comment